Monday, 7 May 2012

Perumpamaan

 
1.         Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
2.         Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
3.         Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan
Maksud
Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga
membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh
mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin
orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata
pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk
kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibu berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang
orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka
seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi
memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung
orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan
mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

Monday, 10 October 2011

KATA PENGUAT



Kata Penguat

1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling
Agak
Sungguh
Amat
Terlalu
Nian
Benar
Paling

3.     Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
1.     Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.     Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.     Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.     Kereta api itu sangat laju.
5.     Kereta itu laju sangat.

Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah
-lah
-tah
jua
Juga
Sahaja
Hanya
Memang
Lagi
pun



Contoh
1.     Itulah rumah saya.
2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3.     Apatah dayaku untuk menolongnya.
4.     Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5.     Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6.     Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
Kata Nafi
1.     Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2.     Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3.     Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh
a)     Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b)     Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4.     Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a)     Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b)     Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5.     Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh
a)     Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b)     Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Kata Pemeri
1.     Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2.     Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3.     Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4.     Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh
a)     Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b)     Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c)      Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Sunday, 9 October 2011

TANDA BACA

 Link untuk 50 isu tatabahasa
http://www.slideshare.net/ZainalOthman1/50-isu-tatabahasa-9626935

1. Tanda baca ialah yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama ialah :
  • Tanda Noktah atau titik   ( . )
  • Tanda koma                 ( , )
  • Tanda tanya atau soal   ( ? )
  • Tanda seruan                ( ! )
  • Tanda sempang atau sengkang  ( - )
  • Tanda noktah bertindih             ( : )
  • Tanda pengikat kata atau petik  ( “        “ )

Huruf Besar
Penggunaan
Contoh ayat
a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.
a)Rumah itu di atas bukit.
b)Persembahan itu belum tamat.
b) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?”
c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah
a)Yang Maha Pengasih,
b)Ampunilah hamba-mu.
c)Semoga Engkau menerima doa kami.
d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang
a)Haji Abdul Ghabur
b)Nabi Muhamad S.A.W
e) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang
Profesor Ahmad Hashim
Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar
f) digunakan diawal nama khas
a) Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara
g) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa
a)bangsa Melayu
b)orang Minangkabau
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung
a)Lembaga Urusan Tabung Haji
b)Dewan Bahasa dan Pustaka
c)Semenajung Tanah Melayu

2.1 Tanda Titik atau noktah.

Tanda titik digunakan...
Contohnya
(a), pada akhir ayat yang bukan
pertanyaan atau seruan
(a) Kereta ini baru dibeli.
(b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
(b) pada akhir singkatan nama orang
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
En. (Encik)
(c) sebelum tanda penutup kata (")
dalam cakap ajuk
Kata kakak, "Bunga itu sudah layu:"
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan
5.4, 30.2, 1 19.8

2.2 Tanda Koma (,)

Tanda koma digunakan...
Contohnya
(a)bagi mengasingkan kata yang
berturut-turut dalam satu ayat
(a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
(b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.
(b)di belakang kata seru
(a) Amboi, merahnya baju kamu !
(b) Eh, Azmi rupanya !
(c)untuk menandakan tempat berhenti
sebentar.
Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.
(d) di belakang kata penghubung pada
awal ayat
... Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
... Jadi, awak tidak mengaku bersalah?
(e)untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza
Rumah itu besar, tetapi tidak cantik
Katakan saya ke bandar, jika dia datang.
(f)sebelum tanda pembuka kata (") dan
penutup kata (") dalam cakap ajuk
Ravi berkata, "Ini suratnya, encik."
"Terima kasih," jawab Encik Abu.

2.3 Tanda Tanya (?)

Tanda tanya digunakan...
Contohnya
(a) pada akhir ayat Tanya
Bilakah adik kamu akan bersekolah?
(b) pada akhir ayat tanya sebelum
tanda penutup kata (")
"Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy.

2.4 Tanda Seru (!)

Tanda seru digunakan...
Contohnya
sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat
(a)        Wah, perbuatan awak sudah melampau!
(b)        Siapkan kerja itu segera!

2.5 Tanda Titik Bertindih (:)


Tanda titik bertindih digunakan...
Contohnya
(a) 
pada akhir sesuatu penyataan
apabila diikuti oleh rangkaian
Barangbarang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul
(b) untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu
Tarikh: 3 April 2000
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan

2.6 Tanda Koma Bertitik (;)

Tanda koma bertitik digunakan
Contohnya
(a) untuk memisahkan bahagian-
bahagian ayat yang sejenis dan
setara
Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
(b) pada baris pertama pantun dua
Erat
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
(c) pada baris kedua pantun empat
kerat
Kalau ada jarum patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.