http://www.slideshare.net/ZainalOthman1/50-isu-tatabahasa-9626935
1. Tanda baca ialah yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama ialah :
- Tanda Noktah atau titik ( . )
- Tanda koma ( , )
- Tanda tanya atau soal ( ? )
- Tanda seruan ( ! )
- Tanda sempang atau sengkang ( - )
- Tanda noktah bertindih ( : )
- Tanda pengikat kata atau petik ( “ “ )
Huruf Besar
Penggunaan | Contoh ayat |
a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat. | a)Rumah itu di atas bukit. b)Persembahan itu belum tamat. |
b) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung. | a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil. b)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?” |
c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah | a)Yang Maha Pengasih, b)Ampunilah hamba-mu. c)Semoga Engkau menerima doa kami. |
d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang | a)Haji Abdul Ghabur b)Nabi Muhamad S.A.W |
e) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang | Profesor Ahmad Hashim Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar |
f) digunakan diawal nama khas | a) Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara |
g) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa | a)bangsa Melayu b)orang Minangkabau |
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung | a)Lembaga Urusan Tabung Haji b)Dewan Bahasa dan Pustaka c)Semenajung Tanah Melayu |
2.1 Tanda Titik atau noktah.
Tanda titik digunakan... | Contohnya |
(a), pada akhir ayat yang bukan pertanyaan atau seruan | (a) Kereta ini baru dibeli. (b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur. |
(b) pada akhir singkatan nama orang | Y.A.B. (Yang Amat Berhormat), En. (Encik) |
(c) sebelum tanda penutup kata (") dalam cakap ajuk | Kata kakak, "Bunga itu sudah layu:" |
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan | 5.4, 30.2, 1 19.8 |
2.2 Tanda Koma (,)
Tanda koma digunakan... | Contohnya |
(a)bagi mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat | (a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging. (b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar. |
(b)di belakang kata seru | (a) Amboi, merahnya baju kamu ! (b) Eh, Azmi rupanya ! |
(c)untuk menandakan tempat berhenti sebentar. | Berikan surat ini kepada ibumu, Ali. |
(d) di belakang kata penghubung pada awal ayat | ... Oleh sebab itu, awak diminta hadir. ... Jadi, awak tidak mengaku bersalah? |
(e)untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza | Rumah itu besar, tetapi tidak cantik Katakan saya ke bandar, jika dia datang. |
(f)sebelum tanda pembuka kata (") dan penutup kata (") dalam cakap ajuk | Ravi berkata, "Ini suratnya, encik." "Terima kasih," jawab Encik Abu. |
2.3 Tanda Tanya (?)
Tanda tanya digunakan... | Contohnya |
(a) pada akhir ayat Tanya | Bilakah adik kamu akan bersekolah? |
(b) pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata (") | "Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy. |
2.4 Tanda Seru (!)
Tanda seru digunakan... | Contohnya |
sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat | (a) Wah, perbuatan awak sudah melampau! (b) Siapkan kerja itu segera! |
2.5 Tanda Titik Bertindih (:)
Tanda titik bertindih digunakan... | Contohnya |
(a) pada akhir sesuatu penyataan apabila diikuti oleh rangkaian | Barangbarang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul |
(b) untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu | Tarikh: 3 April 2000 Masa: 2.00 petang Tempat: Bilik Gerakan |
2.6 Tanda Koma Bertitik (;)
Tanda koma bertitik digunakan | Contohnya |
(a) untuk memisahkan bahagian- bahagian ayat yang sejenis dan setara | Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik. |
(b) pada baris pertama pantun dua Erat | Ada ubi ada batas; Ada budi ada balas. |
(c) pada baris kedua pantun empat kerat | Kalau ada jarum patah, Jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. |
No comments:
Post a Comment